Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua pelabur saham sekalian,
Ini hari Raya ke 11 dan Masih lagi dalam mood hari raya…Saya ucapkan selamat berhari raya.Tahniah juga kepada yang dah kaut untung dengan 8 tips saham Pantul yang dikongsikan sebelum hari raya lepas.Kepada yang terlepas membaca sila klik gambar kat bawah tu. Ada info juga kepada yang faham jka harga berada atas 0.265sen.
Gambar 1: Sebahagian dari 8 tips saham yang dikongsikan untuk Pantul Julai 2015.
Gambar 2: Harga terkini Saham IRIS yang didagangkan pada harga 0.285sen 0.29sen memberikan peluang kepada yang sesiapa yang terlepas peluang beli pada 23sen.Yang tersangkut kat pucuk pun dan mula tersenyum kerana sudah nampak tanda-tanda pantulan yang lebih jelas.Yang sempat average down dah mula menarik nafas lega.Walaupun naik dari 23sen kenaikan dalam peratus sudah dekat 25%.Kenaikan yang pantas dalam masa yang singkat.
Mungkin ada yang baca lampiran tips saham Update IRIS ini dan sempat beli atau memang tak nak beli sebab faktor ‘persekitaran’ yang negatif. Jangan jadi pelabur runcit yang suka beli bila harga dah bergerak pantas keatas. Biasakan beli ketika harga ‘senyap’
Kepada yang masih tidak tahu untuk membuat pembelian saham secara online bolehlah sertai kelas Remisier King kerana anda bukan sahaja diajar buat urusniaga saham tetapi diberikan amaran untuk tak main ‘bedal’ sahaja saham-saham call warrant ataupun saham yang TREND Utamanya turun.Saya akan tunjukkan contoh-contoh saham yang TRENDnya JELAS Turun dikelas nanti.
Berbalik cerita saham IRIS yang mula disenaraikan di Bursa Malaysia ini ada macam-macam business dan salah satunya adalah bina rumah guna IBS.
Gambar 3: Paparan Muka depan wesite perumahan rakyat 1 malaysia.Boleh klik untuk maklumat lanjut.
Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia yang dilancarkan oleh oleh kerajaan menggunakan teknologi IBS.Kalau diikutkan IRIS dalam laman webnya ada tunjukkan tentang penglibatan syarikat dalam penggunaan teknologi ini secara meluas.Persoalannya,bolehkah IRIS dapat projek dari Goverment ini?
Jikalau ikut track rekod, IRIS Corp Berhad banyak dapat projek dari Kerajaan termasuklah pembinaan Projek Rumah Rimbunan Kaseh Felda dan Projek-projek Keselematan berkaitan teknologi yang lain.Tahun 1998 dahullu, IRIS adalah company yang buat semua kad pengenalan kita.Oleh itu,kalau IRIS dapat projek ini, saya percaya akan ada kesan positif kepada pendapatan syarikat seterusnya harga saham pun bleh naik semual atas 30sen.
Dilaporkan IRIS pun ada buat Projek rumah Geheru Height di Papua New Genea yang menggunakan teknologi IBS.
Gambar 4: Paparan Laman Website IRIS Corp Berhad yang mempunyai teknologi pembuatan rumah pantas IBS. Persoalannya,adakah IRIS Berhad dapat projek PR1MA?
Gambar 5: Perkongsian cerita IRIS dari Alumni Kelas Advance Remisier King. Untuk makluman, team zamsaham akan update banyak info lebih awal di ruangan facebook tertutup ‘Zamsaham Private Client’. Sertai Kelas Remisier King yang akan diadakan bulan Ogos nanti untuk dapatkan latest update berkenaan saham IRIS dan juga bagaimana membuat kajian semua saham-saham lain secara sendirian.(Hanya Bekas Student Kelas Advance Sahaja boleh sertai FB tertutup ini)
Gambar 6: Pergerakkan carta saham IRIS Monthly Cahrt yang menunjukkan harga saham sudah turun hampir setahun dari kemuncaknya 60sen.
Sebelum ini harga 23sen dan jangkaan pantulan nampaknya benar-benar berlaku dan sudah sampai keparas target 29sen. Sekarang harga belegar-legar pada 0.285sen-29sen dan sedang mencuba untuk ke paras target berikutnya pada 33sen.
Kenaikan Pantulan lebih mudah sebab sudah Oversold dengan kekuatan kenaikan yang lebih baik untuk kali ini.Selagi harga mampu bertahan atas 0.265sen dan harga sekarang 0.285sen-29sen kekal menyerap semua tekanan jualan, paras target seterusnya adalah 33sen.InshaAllah cerah Naik.
Jika Kekal 33sen, Target ke 2 (rujuk carta diatas) saya menjangkakan harga mudah untuk naik ke paras 56sen semula! Iaitu kenaikan 100% dari harga sekarang! So, cuba tawar menawar dan intai peluang sekarang.
Jika harga melepasi 56sen target seterusnya adalah 80-90sen dan bukan mustahil mencecah RM1.00 jika syarikat dapat projek-projek lain.Syarat yang paling utama company kena buktikan tahun 2015 syarikat boleh untung dan tahun 2016 syarikat kena semakin untung. Selepas itu jangan berangan hendak jadikan saham macam kasino beli pagi jual petang atau hendak cuba-cuba kontra.Beli Saham ikut kemampuan dan Jangan Kontra.Biasakan beli saham dan Simpan kerana potensi perniagaannya.Harga saham mencerminkan potensi yang lebih awal kerana konsepnnya ‘Price Discount everything’.Kepada yang dah beli ,nanti AGM boleh datang dan tanyakan sendiri dekat Direktor yang sudah dilantik akan perkara-perkara berkaitan syarikat.Gunakan kuasa untuk tanya apa mereka sudah buat dengan syarikat anda ini..Saham anda tanggungawab anda!
Kesimpulannya:
Saham IRIS sudah pantul dan dijangka masih ada potensi untuk terus PANTUL melepasi atas 33sen.
Target untuk beberapa tahun mendatang adalah RM1.00 dan saya kekal positif sebagaimana kenaikan kali pertama tahun 2013 yang lepas.Sebelum ini ramai yang berjaya beli pada harga terbaik dan semoga kali ini menjadi lagi.
Apapun, Syarat kenaikan akan terbantut jika harga tidak dapat bertahan pada 0.265sen.Jika kekal selamat IRIS untuk terbangggg!
(Temui saya bulan Ogos ini di Akademi Zamsaham bagi Kelas Advance Remisier King)
Pesanan:
Wallahualam, Bukan cadangan sekadar pandangan,
Zamsaham
Remisier King
2pm 27 Julai 2015 Villa Chakueh
# Beli saham bukan sebab harga saham semata tetapi lebih kepada pemilikkan perniagaan.