Assalamualaikum dan Salam Saham semua pelabur.
Ramai pelabur-pelabur yang negatif kerana tersangkut dipucuk-pucuk.Tiap kali beli,saham turun dan setiap kali selepas jual harga naik semula.Ada yang tak tahu hendak buat apa kepada saham yang sedia ada ketika.Hampir setiap hari berita negatif seperti ekonomi gawat, masalah ekonomi Greece, Nilai Ringgit turun ,masaalah 1MDB pertelingkahan Dato Najib dan Tun Mahathir menghantui pelabur ketika ini. Belum lagi dengan berita sentimen yang sentiasa ada dari Dowjones.Macam-macam berita negatif
Biarkan dengan cerita negatif yang ada kerana saya melihat PANTULAN NAIK bakal berlaku kepada hampir 50 saham yang berada di dalam radar kajian saham saya.Cuma Saya kongsikan dahulu yang 8 TIPS SAHAM PANTUL NAIK sahaja.Saham PANTUL NAIK bermaksud, saham ini sudah turun sampai ke kawasan support dengan potensi untuk PANTUL NAIK Ke atas. InshaAllah naik!
Kajian yang saya pakai adalah secara catitan di Diary Invest Saham.Berikut adalah sahamnya..
Tips Saham Pantul
1. Priva Berhad -Harga Semasa 27sen
Saham Teknologi yang hebat untuk disimpan dengan Dividen tak pernah fail bayar dari tahun 2011 sampai sekarang.Kalau company boleh bayar Dividen bermaksud company tu meniaga untung. Boleh simpan kepada sesiapa yang inginkan Trending. Tips Saham Priva ini pernah dikongsikan awal tahun 2014 dan tak kurang 100 orang berjaya meraih lebih 200% Profit.Mereka untung sebab beli awal dan mengambil peluang menjual ketika sebahagian rakan anda berebut-rebut beli di pucuk 43sen kerana faktor Ikut-ikutan. Apapun Harga Saham PRIVA sekarang dah turun ke 27sen dan SUDAH BERSIAP SEDIA untuk MEMANTUL ke 33sen.Jika lepas 33sen kenaikan seterusnya adalah 38sen atau Capital gain sebanyak 40%.
Boleh Simpan lama tak?
Untuk Simpan lama-lama tiada masalah kerana Syarikat Sudah Nampak semakin bagus dan disokong oleh Carta Jangka Masa Panjang dengan target bukan mustahil mampu ke paras 60sen.Jika 60sen kenaikan keuntungan dalam peratus bersamaan 122%. Apapun, boleh semak secara berkala dengan Diary Invest Saham untuk merekodkan paras sokongan terkini dari masa ke semasa.Untuk terdekat targetnya adalah 33 hingga 38sen.
Gambar 1: Tips Saham Pantul Priva 27sen Boleh layari laman web Privasia.com untuk maklumat lanjut latarbelakang dan projek-projek di tangan.
Gambar 2: Syarikat tidak pernah gagal bayar dividen dari tahun 2011.Inilah saham pilihan kepada yang nakkan pulangan dividen tahunan.
Gambar 3: Ketika harga Saham PRIVA NAIK dan ketika ramai pelabur runcit ghairah ketika itulah sebenarnya kita perlu berhati-hati. Peluang menjual juga mungkin adalah pilihan. Gambar diatas adalah sebahagian daripada bekas peserta Kelas Advance Remisier King yang Meraih untung antara 80% hingga 200%. Mungkin sekarang masa terbaik mengintai dan membeli semula pada harga 27sen.
Kesimpulan: Saham Priva harga 27sen Jika benar mantul mampu ke 33 hingga 38sen. Boleh ambik dulu untung disitu atau terpulang pada stretegi masing-masing untuk menyimpan selagi dalam potensi trend menaik perniagaannya.Yang penting Masuk kena betul!
Boleh Sertai Kelas Remisier King untuk penjelasan dan cara bagaimana untuk kaji saham sendiri. Kajilah sendiri sebab itu yang terbaik!
Tips Saham Pantul
2 .Saham Systech Berhad -Harga Semasa 0.265sen 12 Julai 2015
Gambar: Website Systech Berhad.
Kesimpulan:Anda boleh layari dan dapatkan maklumat lanjut tentang syarikat yang berteraskan teknologi maklumat ini. Selepas mengambil alih penyenaraian Viztel, syarikat ini sudah 2 tahun berturut-turut untung dan harga sahamnya pernah mencapai 42sen sebelum turun ke 25sen baru-baru ini. Jika berlaku pantulan harga sahamnya mampu mencecah 33sen.
Boleh Sertai Kelas Remisier King untuk penjelasan dan cara bagaimana untuk kaji saham sendiri.Anda diajar cara ‘memancing sendir’ kerana itulah yang terbaik!
TIPS SAHAM PANTUL 3
BONIA BERHAD -Harga Semasa 95sen 12 Julai 2015
Gambar : Berlatar belakangkan website barangan berjenama popular BONIA.
Gambar : Keuntungan Syarikat Bonia yang konsisten sesuai pada pengemar Jenama dan Kualitinya yang selesa.
Kesimpulan:Ramai yang tidak tahu pada tahun 2009 harga saham Bonia hanya 19sen seunit dan terus dengan trending menaiknya sehingga mencapai tertinggi RM1.50 pada Julai 2014. Sekarang harga betul-betul berada pada paras sokongan Weekly Chart pada 95sen disokong oleh Indikataor teknikal yang sudah terlebih jualan dan RSI yang divergence memungkinkan PANTULAN NAIK ke RM1.00 hingga RM1.15 bukanlah satu perkara yang susah untuk dicapai.Kepada pengemar jenama Bonia,saham ini mungkin boleh dijadikan sebagai pilihan pelaburan tulen kerana Major TREND solid uptrend.
Boleh Sertai Kelas Advance Remisier King untuk dapatkan pintu kecemasan dan bagaimana untuk mengetahui saham ini Major Trendnya solid uptrending!
TIPS SAHAM PANTUL NO 4
IRIS CORPORATION BERHAD- Harga Semasa 23sen 12 Julai 2015
Gambar: Carta Saham IRIS berhad yang menunjukkan RSI Divergence pada Weekly chart.
Carta menunjukkan harga sudah turun ke tahap maksima dari paras tertingginya 60sen yang dicapai pada tahun lepas.Harga saham sudah turun ke 23sen bagi kali kedua TETAPI indikator RSI sudah menunjukkan perbezaan kekuatan yang memungkinkan Pantulan Naik bakal berlaku dari sini. Jika benar, kenaikan terdekat adalah 29sen hingga 33sen. Jika atas 33sen Kenaikan lebih baik dijangka.
Gambar :Anda beli saham andalah pemilik perniagaan sebuah syarikat yang mempunyai track rekod cemerlang dalam dunia keselamatan teknologi Maklumat .
Pelabur yang sudah ada saham IRIS,boleh datang ke AGM dan suarakan pandangan bernas kepada Ahli Lembaga Pengarah yang telah dilantik.Selagi Perniagaan ada potensi jadi pelabur tulen adalah lagi baik.Harga semasa 0.23sen PERLU KEKAL untuk mantul semula ke paras atas 30sen. Unjuran kenaikan mungkin berubah jika harga berjaya duduk atas 0.33sen.
Boleh Sertai Kelas Advance Remisier King untuk dapatkan pandangan terkini tentang potensi saham IRIS.
TIPS SAHAM PANTUL NO 5
EFFICENT BERHAD- Harga Semasa 24.5en 12 Julai 2015
Gambar : Efficent Berhad yang terlibat secara langsung dalam perniagaan Data Storage dimiliki oleh pelabur terbesarnya iaitu Singapore Post.
Kesimpulan :Yang dah Simpan saham ini dijangka syarikat Ecommerce terbesar dunia ‘Ali Baba’ sedang mengembangkan sayapnya ke kawasan Asia Tenggara melalui Singapore Post. InshaAllah lambat laun akan sampai juga kesannya kepada Efficent Berhad.Company mempunyai tunai yang kukuh serta pemegang saham dapat dividend setiap tahun. Harga saham Efficent pernah mencapai 42sen pada Nov 2014 dan selepas itu harganya turun ke paras terendah 22sen pada 19 Dec 2014.Sekarang harga masih kekal tinggi dari 0.22sen dan dijangka akan pantul naik dari harga semasa 0.245sen ke 28sen hingga 31sen bermaksud profit 15% hingga 26%.
Boleh Sertai Kelas Advance Remisier King untuk dapatkan pandangan kenapa saham ini sesuai untuk disimpan.
TIPS SAHAM PANTUL NO 6
OPENSYS- Harga Semasa 0.37sen 12 Julai 2015
Gambar: Peningkatan keuntungan syarikat dari tahun kesetahun.Trend utama saham ini adalah menaik dan penurunan baru-baru ini sudah ‘overdone’ dan pantulan Naik ke 50sen hingga 55sen adalah dijangka.Dividend diberikan setahun 2 kali dan saham syarikat ini diletakkan bawah list syarikat patuh syariah Bursa Malaysia.
Boleh Sertai Kelas Advance Remisier King untuk dapatkan pintu kecemasan dan bagaimana untuk mengetahui saham syarikat ini adalah syariah.
TIPS SAHAM PANTUL NO 7
DGSB- Harga Semasa 0.37sen 12 Julai 2015
Gambar :Paparan platform saham RHB Investment Bank yang menunjukkan harga jual saham DGSB adalah 0.075sen.
Ulasan Zamsaham:Saya berpendapat,selagi harga kekal atas 7sen,pelabur yang sudah ada saham ini tidak perlu risau kerana potensi untuk PANTUL NAIK SEMULA keparas 10sen masih ada. Untuk rekod syarikat ini ada kena mengena dengan OMESTI yang mana merupakan pemegang saham utama DGSB.Boleh Klik gambar diatas jika mahu terus ke Website sebenar DGSB Berhad. Jangan main beli saham DGSB ini kerana harga saham murah bawah 10sen tetapi sebagai pelabur anda WAJIB tahu latarbelakang syarikat.
Boleh Sertai Kelas Advance Remisier King untuk dapatkan pintu kecemasan dan bagaimana untuk membuat tempahan saham secara online.
TIPS SAHAM PANTUL NO 8
Harga Semasa COMCORP BERHAD 0.355sen 12 Julai 2
Gambar: Boleh dapatkan maklumat lanjut latar belakang business comcorp dengan melayari websitenya. Perlu tahu latar belakang,sebab itulah yang terbaik
Kesimpulan :Jumlah saham Syarikat yang diterbitkan adalah sebanyak 120 juta unit dan selepas ditolak 30 pemegang saham terbesar tinggal 24% sahaja ‘balance floatnya’. Jika company ini semakin untung, maka harga sahamnya dijangka dengan mudah naik ke paras rintangan yang sudah dikenalpasti seperti lampiran gambar diatas. Harga 1st Buy Call 23sen dengan target 36sen. Jika kekal 36sen next target adalah 42 hingga 50sen! Jika harga kekal atas 50sen,kenaikan lebih tinggi dijangka.
Tahniah kepada yang beli dan simpan dari harga 23sen seawal kajian dibuat ke Kelas Advance RK yang lepas!
Kesimpulan:
Semoga anda mendapat manfaat atas perkongsian tips ini ,dan jika boleh anda semak semula tips saham ini dengan cara kajian di dalam Diary Invest Saham. Sesungguhnya kajian yang paling baik adalah kajian sendiri dan bukannya ikut-ikut orang.
Beli saham dan niatkan kepada pelaburan tulen dan bukannya kontra.Kontra boleh untung,tetapi rugi lagi banyak!
Kepada yang yang datang Kelas RK boleh sahaja call urusetia 0137788048 Pn Nor Saham atau En Halim 0127448843 untuk kelas yang akan datang.Saya dah kongsikan anda perlu semak dan kaji lagi ,InshaAllah anda akan puas hati!
Sekian,
Zamsaham
12 Julai 2015