Assalamualaikum dan Salam Saham kepada anda yang suka melayari blog zamsaham…
Okey, ramai yang tanya saya
Begitu banyak persolan yang ditanyakan berkenaan dengan tips saham. Ada juga yang kata saya ‘kenal’ dengan orang dalam dan ada maklumat INSIDER, sebab itulah saya tahu sesuatu harga saham hendak NAIK.
Untuk makluman, bila ada orang kata sebegini, saya rasa kelakar pun ada kerana saya terus terang tidak kenal ‘orang dalam’ bagi hampir keseluruhan Tips Saham yang dikongsikan. Pada saya, ilmu dan pengalaman adalah bukti Allah SAW itu MAHA ADIL.
Bermaksud di sini, kita tidak semestinya perlu kenal orang dalam, perlu memerhatikan harga saham sentiasa atau mengkaji pasaran saham siang malam atau mengikuti pergerakkan saham DOW JONES setiap hari barulah kita boleh untung dengan saham. Saya tidak ajar semua ini kerana ianya MELALAIKAN dan akan membuatkan kehidupan anda selepas melabur saham jadi terumbang-ambing.
Okey, kita fokus pada cerita asal iaitu bagaimana kajian saham dibuat. Sekarang kajian saham yang kita hendak kaji adalah TIPS SAHAM PMCORP (PAN MALAYSIA CORPORATION BERHAD) yang berharga 0.30sen – 0.31sen sekarang. Sudah naik dekat 10% tetapi insha Allah target 0.50sen itu masih lagi okey.
KLIK LINK INI jika anda terlepas baca tips saham PMCORP masa 0.28sen. Banyak info penting di link ini TIPS PMCORP
Berkenaan dengan pertanyaan kajian saham, semua orang termasuk anda yang lama mahupun baru dengan saham boleh kaji sesuatu saham yang berpotensi sendiri. Itu matlamat saya mengajar di kelas saham.
Itu 5 ‘S’ yang diterapkan di kelas.
Ini adalah sebahagian perkongsian untuk anda dari mereka yang sudah belajar di kelas Zamsaham. Cara semua guru berbeza tetapi matlamatnya sama. Apa pun cara, yang penting dapat mengesan seawal yang mungkin sesuatu saham hendak naik dan Untung.
Ini antara coretannya..
Gambar 1: Kajian yang dibuat dengan paras rintangan dan sokongan bagi saham PMCORP.
Gmbar 2: Kajian yang dibuat juga merangkumi pintu kecemasan dan pintu jangkaan kenaikkan. Website juga perlu dilayari supaya anda melabur dengan memahami yang saham adalah pemilikkan perniagaan. Beli saham bermaksud anda adalah sebahagian daripada pemilik syarikat PMCORP.
Gambar 3: Berapa banyak cash flow dan berapa keuntungan syarikat dari ‘Quarter to Quarter’ juga disentuh. Penting! Hanya syarikat yang untung baru boleh naik harga sahamnya…dan juga yang berpotensi untuk untung.
Gambar 4: Kajian yang direkodkan di dalam Diary Invest Saham dengan beberapa indikator juga diguna pakai sebagai panduan kajian. Lagi banyak ‘sebab’ lagi lah bagus sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Okey, itu sebahagian rekod kajian yang dibuat oleh peserta kelas Advance. Insha Allah kajian ini akan memberikan kesan dalam beberapa bulan mendatang sama ada saham PMCORP akan naik atau tidak.
Gambar 5: Harga REAL semasa PMCORP sekarang sudah naik ke 0.31sen dari harga kajian 0.255sen yang dibuat oleh bekas peserta insha Allah jangkaan kenaikan ke 0.50sen akan dicapai. Semak, kaji dan jangan ikut-ikutan.
Kepada anda yang mahu belajar dengan saya, boleh daftar dengan hubungi 013-7788048, Puan Nor dan pastikan niatnya betul-betul untuk belajar dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Ada usaha dan niat yang baik, insha Allah pasaran saham bukanlah sesuatu yang mengerikan tetapi sesuatu yang menyeronokkan. Lebih seronok jika kajian anda TEPAT!
Okey,
Sebelum habis, PMCORP punya target adalah RM0.50sen dengan sedikit petua saham.
1.Catitkan Setiap Kajian Saham dalam sebuah buku khas.
2.Beli Saham banyak-banyak ketika harga baru hendak naik dan bukan dipucuk-pucuk.
3.Jangan harap nak kaya cepat dengan saham sepantas beli pagi jual petang.
Sekian,
Salam Saham,
ZAMSAHAM Coklat Crispy Pmcorp
30 September 2014