Tips Saham GreenYB 0.30-32sen Julai 2014

Terima Kasih kerana berminat dengan Tips Dari Team Zamsaham.

Alhamdulillah, sebelum itu saya ucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Aildilfitri” kepada semua yang menyambutnya.

Syukur juga kerana pasaran saham keseluruhannya berada dalam keadaan terbaik untuk melabur dengan potensi syarikat dan harga saham yang semakin meningkat.Mungkin anda tidak percaya jika saya katakan begitu banyak saham yang hendak NAIK dengan potensi yang lebih dari ASB. Apapun, ianya akan difahami dengan lebih mudah pada orang yang ada ilmu saham dan amalkan ilmunya dengan catitan.

Hampir keseluruhan Sektor saham dari sektor Hartanah (MKLAND 0.51 ) Teknologi (IRIS 0.42sen) Perkhidmatan (KUB 0.60sen) Oil dan GAS (Fronken 0.15sen) dan pelbagai saham sedang NAIK atau baru sahaja hendak NAIK dengan potensi putaran Kegemilangan Era Saham 90an. Mungkin anda tertanya apa itu KES90an,huraiannya panjang,tetapi diringkaskan yang Sejarah akan berulang,Cuma masa keadaan dan bentuknya sahaja yang berbeza.

TIPS SAHAM GREENYIELD 0.30-32sen now!

Okey, Jika anda minat dengan sektor barangan pengguna yang fokus kepada industri Pertanian dan perladangan ,ada 1 tips saham dengan potensi, NAIK.INSHA ALLAH mampu melepasi pelaburan anda di ASB.

Syarat-Syaratnya:

  1. Beli Saham sebab minat anda kepada perniagaan bukan ikut-ikutan tips semata-mata.
  2. Masuk pada harga yang betul dan kenalpasti trend utamanya.
  3. Sabar untuk tunggu hasilnya.Ini bermaksud, anda JANGAN fikir beli saham dan hendak untung lagi 2 atau 3 hari atau sepantas beli pagi jual petang!.Itu bukan cara pelaburan zamsaham.Simpan kerana potensi perniagaan berkembang selari dengan trend utama saham yang diterjermahkan oleh harga sahamnya.

Saya ulangkan syarat-syaratnya (ini penting):

  1. Beli Saham sebab minat anda kepada perniagaan bukan ikut-ikutan tips semata-mata.Anda semak teras perniagaan dengan layari ke laman web syarikat atau terus ke pejabatnya untuk dapatkan gambaran sebenar .Tengok samaada anda faham atau tidak akan perniagaannya. Jika semakin faham itulah yang semakinlah baik!
  2. Masuk pada harga waktu  yang betul dan kenalpasti trend utamanya.Untuk saham GREENYB, trend sahamnya baru sahaja melepasi tertinggi sebelumnya iaitu 26sen dan sekarang harga 0.32sen baru sahaja sedang masuk fasa trending dan menaik!
  3. Sabar untuk tunggu hasilnya.Ini bermaksud, anda JANGAN fikir beli saham dan hendak untung lagi 2 atau 3 hari atau sepantas beli pagi jual petang!.Itu bukan cara pelaburan zamsaham.Simpan kerana potensi perniagaan yang selari dengan trend utama saham yang diterjermahkan oleh harga sahamnya.

TIPS SAHAM TRENDING:

GREENYIELD BERHAD, Harga Semasa 0.30-32sen,

Muka 1

Gambar: Muka Depan Website Green Yield Berhad.

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut anda boleh ke website syarikat ini di http://www.greenyield.com.my/

 

muka 2

Gambar: Harga Saham Greenyeild untuk tempoh 5 tahun.

Berdasarkan kajian Carta saham yang simple diatas, jika anda faham apa yang dikongsikan di Kelas KES90an anda akan tahu yang harga saham baru sahaja melepasi harga tertinggi 26sen dalam tempoh 5 tahun dan baru sahaja masuk  kawasan perniagaan bagus yang saya namakan FASA TRENDING.Rujuk 3 contoh saham berikut dan lihat apa jadi selepas harga memasuki kawasan FASA TRENDING.:

  1. Saham Dutch Lady (Dlady) ketika harga melepasi RM13 pada Julai 2010
  2. Saham GDEX ketika harga melepasi 56sen pada Ogos 2012
  3. Saham Silkholding ketika harga melepasi 50sen pada Jan 2014
  4. Saham INARI ketika harga sahamnya melepasi 0.37 pada April 2013
  5. Saham Prlexus ketika harga sahamnya melepasi 0.35sen pada Julai 2012

5 Contoh diatas bukan TIPS SAHAM yang dimaksudkan,TETAPI sebagai panduan  untuk anda sendiri fahami apa yang dimaksudkan dengan FASA TRENDING.Saya sudah nampak potensi kenaikan saham GREENYEILD INI dengan merujuk kepada 5 contoh diatas apabila harga melepasi tertinggi-tertinggi sebelumnya..sekarang mari bandingkan dengan carta yang dilampirkan dan adakah anda mula nampak potensinya?

Untuk menjadikan pelaburan saham lebih berjaya dan lebih yakin,perlu saya ingatkan anda perlu rajin mencatit dan rekodkan kajian anda dalam Diary Invest Saham dengan  tumpuan adalah pada TREND dan lain-lain hal berkaitan di sepanjang kajian anda.

Untuk pengetahuan semua sekarang kita sudah guna Diary Invest Saham versi terbaru 6.0.

gambar3

 Gambar: Diary Invest Saham terbaru Versi 6.0

Sebagai info tambahan penting bagi TIPS SAHAM Greenyb ini, anda perlu rekodkan sedikit sebanyak latar belakang syarikat Keuntungan Kerugian aset dan hutang , siapa director dan lain-lain hal penting.Dari sudut pemegang saham,nampaknya owner asal begitu sayangkan company ini dengan baki share float selepas 30 pemegang saham terbesar hanyalah 19%.

Mungkin anda tertanya pada fungsi ‘balance share float’ ini?Untuk faham apa yang saya maksudkan anda boleh rujuk saham-saham yang floatnya sikit seperti dibawah di platform saham RHB Investment Bank:

  1. Takaful Berhad 10%
  2. Gdex Berhad 9%
  3. Pintaras Jaya Berhad 24%
  4. Latitude Tree 22%

Balance Share Float yang sikit.

Jika syarikat ada projek baru,kontrak baru atau apa-apa berita baik pelabur di pasaran terpaksa berebut 19% baki saham yang ada sesama mereka.Itulah potensi kenaikan  yang ada pada saham GREENYIELD Berhad….

muka 4

 Gambar : Penyata Pendapatan Sukuan GreenYield Berhad .Syarikat untung baru boleh minta dividen lebih!

TIPS SAHAM GREENYIELD yang berharga 32sen sekarang ini syarikatnya untung dengan konsisten dan ada bayar dividen kepada pemegang sahamnya. Sebagai pelabur ,saya mahu anda hadirkan diri ke AGM tahunan syarikat dan berkenalan dengan Director-director yang anda lantik. Mana tahu ada rezeki satu hari anda pula dilantik sebagai director! Jika tidakpun inilah masa terbaik untuk anda tanyakan soalan-soalan cepu emas supaya anda lebih arif dengan perniagaan yang anda adalah sebahagian dari pemiliknya.

Beli Saham dan fikirkan seperti businessman.

Kepada semua bekas student Zamsaham, kajian dengan catitan adalah terbaik kerana ianya menghilangkan was-was dan seterusnya bertindak membeli dengan keputusan yang waras dan tidak beremosi.

Rekodkan sebanyak mungkin ‘sebab’ untuk anda hendak beli saham,ini kerana keyakinan itu antara asas dalam pelaburan supaya anda tidak ‘sasaukan’ dengan hal sentimen turun naik Dowjones atau hal yang mungkin tiada kaitan dengan saham GREENYIELD ini seperti peperangan di Ukraine atau tsunami di Jepun. Seperti yang saya bagitahu,jika ada ianya hanyalah kebetulan sahaja.

Berbalik pada Tips Saham GREENYIELD Ini,InshaAllah Potensi kenaikan adalah lebih dari pulangan ASB setahun dan menariknya bila anda melabur saham,kepuasan lebih maksima kerana anda adalah pemilik syarikat yang sebenar sebagaimana pemegang saham  Syed Mokhtar ataupun Warrent BUffet! Pada pandangan saya saham GreenYB ini adalah 5 bintang dan simpan untuk makan dividen tahunan sambil melihat potensi harga saham naik ke 50sen sehingga RM1.00.

Untuk trend terbantut harga saham tidak boleh turun balik bawah 26sen dari harga sekarang 32sen yang mana mungkin kebrangkaliannya rendah.

Pesan saya, Jangan aggressive keluar masuk pasaran dan niat hendak kaya secepat mungkin kerana itu agak mustahil berlaku. Simpanlah saham kerana perniagaan dan potensi perniagaan dan masuk membeli bukan di 3 kesilapan terbesar pelabur saham yang selalu saya kongsikan.

Jika hendak maklumat lanjut,saya biasanya akan update di Facebook tertutup ‘Zamsaham Private Client’ atau jumpa saya di Kelas KES90an Kegemilangan Era Saham 90an di KL JB dan Terengganu.Insha Allah ada Ilmu,dapatlah keluar dari kegelapan pasaran saham!

Ini sahaja, coretan saya sempena  Aidilfitri 2014. Semoga anda melabur dengan tenang!…itu doa saya pada semua..Amin!

Allah SWT lebih mengetahui ,Zamsaham tidak mengetahui kecuali yang dikehendakiNYA

 

ZAMSAHAM

29 Julai 2014

GREENYB 0.30-32sen

Upside target 50-100% .

www.zamsaham.com

 

Daftar Kelas