Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca setia blog zamsaham..
Senyum dan Senyumlah..Kedua tips saham Greenyield Berhad (GREENYB) dan Efficient E-Solutions Berhad (EFFICEN) dah untung!
Alhamdulillah, Tips Saham yang dikongsikan pada hari raya yang lepas iaitu Greenyb TELAHPUN memberikan keuntungan lebih dari 50%. Syukurlah ada juga rakan ZPC dapat beli awal dan meraih keuntungan lebih 60% – 70% dengan pembelian saham sejurus tamat Kelas Terakhir Gegar Saham Syariah (KAGSS) pada Mei 2014 yang lepas.
Ini antara petikan komen Tips Saham Greenyb yang lepas… http://zamsaham.com/saham/tips-saham-greenyb-0-30-32sen-julai-2014/ yang dikongsikan pada hujung Julai 2014.
“TIPS SAHAM GREENYIELD BERHAD 0.30-32sen now!
Okey, Jika anda minat dengan sektor barangan pengguna yang fokus kepada industri Pertaniaan dan Perladangan, ada 1 tips saham dengan potensi, INSHA ALLAH mampu melepasi pelaburan anda di ASB. Apa pun ingat, saham adalah pemilikan perniagaan. Anda perlu buat semakkan dan kajian sendiri, kerana itulah yang lebih baik.
Syarat-Syaratnya:
Saya ulangkan syarat-syaratnya (ini penting):
Itu komen yang diberikan semasa harga berada pada 0.32sen yang lepas…
Gambar: Info dikongsi sebagai bukti yang semua orang layak labur sendiri dan untung sendiri. Pasaran Saham Bursa Malaysia menjadi tempat ‘mesin duit’ kepada yang ada ilmu dan amalkan ilmu. Tahniah kepada En Liaw Yin Huat yang berjaya meraih keuntungan 69% dengan saham GREENYB sahaja. Insha Allah kesabaran dan dikuatkan kesabaran berbaloi.
Jika anda hendak info penuh boleh sahaja klik http://zamsaham.com/saham/tips-saham-greenyb-0-30-32sen-julai-2014/. Semak betul-betul info kerana mungkin ada ilmu saham boleh diperolehi dari cara kajian saham Greenyb. Jangan terlepas pandang untuk ketahui Target Price Greenyb kepada yang holding. Insha Allah jika harga saham GREENYB sekrang 0.44sen kekal target seperti yang dinyatakan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi. Apa pun, yang penting harga sekarang sudah untung lebih 50% dan bolehlah jual jika sudah tidak tahan…
itu sedikit info berkaitan dengan saham GREENYB berhad.
“Rajinlah buat kajian saham sendiri kerana ianya lebih baik dari IKUT IKUTAN sahaja. Ikut -ikutan itu mengundang risiko pelaburan yang tinggi. Belajar dan Kuasai Ilmu saham sebenar di Kelas KES90’an” – Zamsaham
ULASAN TERKINI EFFICEN (Efficient E-Solutions Berhad)
Sekarang saya nak ulas sedikit potensi EFFICEN yang berjaya NAIK ke paras 0.37sen dari harga perkongsian 0.28sen beberapa minggu lepas.Tahniah saya ucapkan!
Untuk rekod, Singapore Post adalah pemegang saham Terbesar EFFICEN.
Alibaba merupakan Indirect Shareholder EFFICEN melalui Singapore Post! Jangan main -main dengan Alibaba, Alibaba adalah antara syarikat E-COMMERCE TERBESAR DUNIA dengan nilai modal pasaran sebesar RM700billion.
Merasa kita untung lebih 30% tidak sampai 3 minggu. Jika anda terlepas peluang boleh rujuk info TIPS SAHAM EFFICEN http://zamsaham.com/saham/tips-saham-pehhh-pmcorp-0-28-efficen-0-28-hhh-0-19sen-pehhh/ . Boleh baca untuk tambahkan ‘1000’ sebab dalam rekod kajian menggunakan Diary Invest Saham.
Gambar 2: Carta Pergerakkan harga saham MONTHLY digunakan bagi melihat TREND dan POTENSI Perniagaan Saham Efficen E-Solution Berhad. Carta ini dikongikan pada 4 September 2014 di Facebook Tertutup Zamsaham Private Client ketika harga berada pada 0.305sen. Berapakah Kenaikan Tertinggi dan Target Price bagi carta saham diatas?…anda sendiri faham dan sama-sama kita sabar untuk melihat hasilnya.
Sebagai info tambahan yang penting supaya anda melabur saham FOKUS 100% pada yang yang anda ingin beli dan tidak terlalu risaukan hal sentimen pasaran NAIK TURUN DOW JONES.
Saham Naik atas 3 sebab utama
1.Syarikat Untung..YA, EFFICEN Untung . Tidak banyak syarikat berjaya masuk ke papan pertama selepas senarai di Ace Market..Tahun 2008 syarikat ini berjaya untung cantik dan telah pun dipindahkan ke Papan utama. Pernah disenaraikan antara company terbaik bawah 1 billion oleh Forbes.
2.Potensi Untung. Ya, EFFICEN berpotensi untuk semakin untung dengan orang ramai mula beri penekanan pada peri pentingnya IT. Banyak syarikat dari Ace Market sudah untung kaw-kaw dan banyak juga yang harga sahamnya naik jauh seperti Scomi dan Inari Berhad..Walaupun harga sudah bergerak NAIK dari 0.28sen ke 0.37sen, peluang utk saham EFFICEN untuk berkembang adalah amat besar jika dilihat pada potensi Alibaba. Lagi sekali diingatkan ALIBABA punya market capitalization adalah sebesar RM700billion!
Insha Allah, Saya menjangkakan “Dunia IT” akan menggegarkan pasaran saham Bursa Malaysia untuk 5 tahun mendatang. Sama seperti putaran penghujung 90’an iaitu sebelum berlakunya Dotcom Bubble pada tahun 2001.
3.Emosi yang Terlampau: Sebab Harga Saham Naik yang No 3 adalah kerana emosi terlampau positif dan ianya hanyalah untuk tempoh yang sementara sahaja. Bermaksud janganlah kita terbeli di pucuk. Apa pun, kepada yang ‘terbeli’ dipucuk janganlah risau sangat kerana kesilapan ini adalah kesilapan membeli di pucuk-pucuk di setiap gelombang kenaikan NO.1 yang dimaafkan.
PENDEK CERITA, secara total Insha Allah saya percaya harga saham EFFICEN tidaklah berada pada tahap Emosi yang melampau-lampau kerana ramai pelabur yang was-was dan ada yang tersangkut pada kemuncak 0.26sen sebelum ini pada tahun 2007 (peak closed monthly 10years chart) sudah mula menjual pegangan saham mereka.
Jika harga saham berjaya kekal pada harga sekarang 0.37sen dan tutup pada penghujung bulan September 2014 ianya adalah berita BAIK sebab EFFICEN sudah memasuki ERA fasa trending…Trending bermaksud sahamnya MUDAH untuk Naik jauh sejauh Inari ketika harga sahamnya melepasi 0.38sen pada tahuN 2013. Untuk rekod, HARI INI saham inari sudah berharga RM3.00!…
Saya tidaklah menjangkakan EFFICEN untuk ke harga RM3.00(tak mustahil) tetapi jika naik ke 0.60sen pun inshaa Allah sudah cukup tersenyum puasssss…
Okeylah itu sahaja coretan saya untuk saham GREENYB dan EFFICEN. Insha Allah dalam masa terdekat saya akan kongsikan lagi saham-saham yang di dalam radar saya yang berkemungkinan besar mampu naik sehebat 2 saham ini ataupun lebih lagi. Apapun, rakan-rakan Facebook Tertutup kebiasaanya dapat info lebih awal.
“Rajinlah buat kajian saham sendiri kerana ianya lebih baik dari IKUT-IKUTAN sahaja. Ikut -ikutan itu mengundang risiko pelaburan yang tinggi. Belajar dan Kuasai Ilmu saham sebenar di Kelas KES90an” -Zamsaham
Sekian,
Zamsaham
28 Sept 2014
# Rajinlah buat kajian saham sendiri kerana ianya lebih baik dari IKUT-IKUTAN sahaja. Ikut -ikutan itu mengundang risiko pelaburan yang tinggi. Belajar dan Kuasai Ilmu saham sebenar di Kelas KES90’an. Temui Saya di KL bulan Oktober 2014 ini!