Minggu lepas saya dan team berada di kelas KES90an terakhir bagi tahun 2014 di PWTC. 3 hari kelas.
Ramai peserta yang sudah melabur resah menyaksikan saham tutup MERAH dengan hampir 90% saham yang ada di Bursa Malaysia turun ke paras harga saham seawal mula-mula naik dahulu.
Gambar 1: Paparan Harga Saham Secara Live pada hari ke-3 Kelas Advance Mega KES90’an. Yang tidak terpengaruh dengan ‘MERAH’ tergolong dalam pelabur yang bukan ikut-ikutan. Peluang terhidang membeli pada harga diskaun dengan syarat ada ilmu saham sebenar.
Keresahan reda bila ada catitan mengapa dan kenapa sesuatu keadaan itu berlaku…mana arah, mana target dan mana pintu kecemasan dikaji bersama…apa potensinya?
Berikut adalah 12 Saham yang turun ke paras harga Mega Super Low.
1.Iris 0.22sen
2.Efficen 0.21
3.Mkland 0.32
4.Systech 0.165
5.SKPETRO 2.00
6.Knm 40sen
7.GPA 7sen
8.Jaskita 0.12sen
9.Sumatec 0.17sen
10.Priva 11sen
11.Novamsc 11sen
12.PMcorp 16.5sen
Itu 12 saham dari 1000 saham yang kalau anda kaji cartanya rata-rata harga berada pada tahap super LOW bagi tahun 2014.
Banyak low di YEAR END SALES!
Harga sudah berada tahap kepanikkan melampau dan dibawah nilai sebenar potensi syarikat.
Year End Sales
BARGAIN HUNTING!
YEAR END SUPRISED..
Ada yang mungkin kata harga saham yang rendah boleh rendah lagi…itu mungkin betul, Tetapi pada saya kebanyakkan harga sudah berada tahap “oversold” dan tahap kepanikkan melampau. Saya takkan jual saham ketika harga panik ini.
Saya dan anda semua adalah pemilik syarikat saham…kita owner syarikat saham yang kita miliki.
Harga saham turun berpunca dari harga minyak yang turun dari (110usd ke 58usd) dan diparahkan lagi oleh force selling bagi saham-saham yang diletakkan di bawah “margin facility”. Mungkin ada sebahagian anda sedang rugi kerana portfolio saham yang merah…Tetapi yang guna margin facility kerugian yang dihadapi adalah 2 atau 3 kali ganda lebih teruk!
Seringkali selepas habis force selling saham-saham dalam margin ini kebiasannya harga saham akan stabil semula.
Pelabur-pelabur tulen dan taikun-taikun termasuk pengurus dana akan datang semula ke pasaran dan membuat pembelian mana-mana saham yang berada pada tahap undervalue.
Okeylah itu sahaja coretan hari ini dan kepada yang hadir Kelas MEGA KES90’an minggu lalu, inshaAllah sudah nampak dan dapat idea secara ‘live’ apa yang perlu dilakukan dalam keadaan sekarang.
Gambar 2: Kenangan terakhir di Kelas MEGA KES 90’an, 13-15 Disember 2014 di PWTC, Kuala Lumpur. Bersama Diary Invest Saham versi 7.0 TERBARU!
Gambar 4 & 5: Perbincangan kumpulan oleh peserta dalam menyiapkan tugasan akhir sebagai kesimpulan ILMU yang dipelajari selama 3 hari di MEGA KES90’an kali ini.
Gambar 6 & 7: ‘CEO dan Ahli Lembaga Pengarah’ Syarikat sedang membentangkan potensi perniagaan ‘syarikat mereka’. Peserta membentangkan hasil kajian mereka, menerangkan potensi perniagaan syarikat dan memberikan pandangan sama ada syarikat yang dikaji itu boleh dibeli atau tidak boleh dibeli sahamnya.
Kaji gunakan catitan Diary Invest Saham 7.0 untuk kawalan emosi yang stabil dan yakinkan diri sendiri sebelum keputusan dibuat.
InshaAllah tenang dalam pelaburan nanti.
“Intai PELUANG Keemasan bila semuaaaaa….”
Wallahualam.
Zamsaham
#Semua client boleh hubungi saya atau En Halim untuk jual beli saham atau perkembangan terkini.