16 April 2015: Mencari Guru hingga ke Yogjakarta
Alhamdulillah…,jauh jalan dari Yogjakarta ke Purwodadi…4 jam perjalanan berkereta.
Laluan bergunung-ganang dan jalan yang ala-ala Cameron Highland akhirnya sampai juga ke lokasi persinggahan bertemu Pak Kiyai Hudhori.
Niat yang kuat, jauh bukanlah alasannya, tidak sebagaimana sesetengah orang yang hendak belajar saham tetapi jarak yang jauh dijadikan sebagai alasan. Sudah buat kelas di Kuala Lumpur mahukan saya buat kelas di Shah Alam pula.
Dalam hati, orang yang dari Sabah boleh datang, dari Perlis juga boleh datang naik bas lagi. Ini sudahlah dekat, hendak lebih dekat lagi.
Pada saya, kelompok macam ini biasanya kelompok bahaya dalam pasaran saham kerana jenis yang nak mudah sahaja.
So,sama-sama lah kita bila mencari ilmu biasakan kita yang cari guru…inshaAllah ada keberkatan di situ..
“Jangan bagi alasan, bagilah jawapan…InshaAllah ada kejayaan”
Okey, saya santai minum ‘Susu Jaher’ dan tempe.
Zamsaham
Remisier King
YOGJAKARTA