1. Ada orang Bangga dengan Suaminya…Akhirnya Suaminya itu CURANG padanya
2. Ada orang Bangga dengan Anaknya…Akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.
3. Ada orang Bangga dengan Hartanya…Akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
4. Ada orang Bangga dengan Jawatannya…Akhirnya dia diberhentikan kerja.
5. Ada orang Bangga dengan Kecantikannya…Akhirnya kena STROK…Habis herot-berot, hilang kecantikkannya. Yang boleh terbang macam “Superman” pun akhirnya sakit tak boleh jalan kerana jatuh kuda.
6. Ada orang Bangga dengan Ketampanannya…Akhirnya dia mengalami Kemalangan. Pecah mukanya, Putus kakinya, CACAT…banyak kes macam ini.
7. Ada orang Bangga dengan Pimpinannya…Akhirnya dia Angkuh dan Gila Kuasa..Lupa janji-janji yang dibuat masa awal pilihanraya. Janji nak bantu Melayu, nak repair jalan, nak buat itu ini..semua dia lupa dah bila bangga sangat dengan kedudukannya. Dulu duduk minum warung…bila dah berpangkat lupa dah asal-usulnya..(tak mahu duduk minum tepi jalan lagi).
8. Ada orang Bangga dengan Ilmunya…Akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu….lupa yang awalnya dia pun tak faham apa itu saham..bila dah pandai, orang bertanya sikit pun dah mengeluh.
9. Banyak yang hebat-hebat di London mahupun yang di Paris. Itu yang di sini sahaja tak termasuk di Istanbul mahupun Mesir. Begitu juga sejarah hebat Beijing yang berumur lebih 3000 tahun!…banyak yang dibangga.
10. Firaun Ramses, Ratu Balqis, termasuk Hitler pun dah lama meninggal dunia…yang DIBANGGA sudah tiada….menjadi bahan sejarah sama ada baik atau buruk yang dilakukan…yang buat semua benda tu dah mati dah.
11. Kita pun akan mati…Maka jangan nak bangga sangat. Jika terdetik rasa bangga, ingat niatkan kerana Allah Swt. Astaghfirullahhalazim.
12. Ubahkan rasa BANGGA kepada rasa BERSYUKUR selalu…syukur itu bukan sebab kaya tetapi miskin pun kena syukur (huraian panjang).
13. Niatkan benda baik…InshaAllah Perkongsian yang dikongsikan akan jadi baik.
14. Niatlah yang membezakan 2 perkara yang nampak sama tetapi berbeza.
15. Jangan bangga sangat kerana banggalah Syaitan dilaknat dan dikeluarkan dari Syurganya Allah swt!
Okey, tukarkan BANGGA KEPADA SYUKUR dan niatkan yang terbaik inshaAllah hasilnya adalah baik.
Wallahu’alam
Salam Saham,
Zamsaham
REMISIER KING @ Paris