TEKNOLOGI AIR BAWAH TANAH JEPUN (KUMAMOTO-The City of Clear Groundwater)
Assalamualaikum, Ohayo gozaimasu…
Kali ini saya nak kongsikan Meeting ke-4 saya di Jepun berkenaan Teknologi Air Bawah Tanah Jepun.
(Meeting untuk Masa Depan anak-anak Kita)
Seluruh orang di kawasan saya berada sekarang tak minum air macam kita kat Malaysia..diorang gunakan Air Bawah Tanah semenjak tahun 1948.
Nak maju, tetapi sistem air tunggang langgang. Kalau adapun masih banyak yang perlu diperbetulkan.
Just nak info u all, sumber air mentah di negara kita kebanyakkannya diperolehi terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar.
Berdasarkan statistik, buat masa kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal.
Rakyat Jepun ramai yang umur panjang mungkin disebabkan makanan yang segar dan fresh atau sebab utama adalah kerana SUMBER AIR YANG BERSIH.
Okey lah, nak cerita panjang tunggu saya balik Malaysia dan minggu ini Fresh Ilmu Saham dan Business sebenar di Kelas Remisier King Edisi ‘Bagaimana Pn Juliah boleh profit 100% bulan 12 yang lepas’.
Nak ubah nasib, kena bertindak untuk berubah. Bukan duduk di tempat sama menunggu ‘cikgu’ datang untuk terangkan.