Petua Kaya Remisier King:
Kurangkan tidur
Kurangkan tidur!
Kurang tiduuuur, buat usaha dan kajian malam!
Saya sebelum ini ditanya oleh seorang teman tentang seorang yang aktif buat aktiviti sana sini dan bertanyakan bila masa dia tidur dan cukup ke 3 atau 4 jam tidur ??
Ini saya perhatikan:
1. Orang yang gaji besar-besar memang kurang tidur.
2. Jiran saya yang bahagia dan kaya memang aktif dengan kerja dakwah memang kurang tidur.
3. Guru saya pun kurang tidur, kalau jalan sampai 12 malam, biasanya dia akan bangun jam 3-4 pagi untuk solat Tahajjud dan lain-lain ibadah. Katanya kurang tidur dan bangun 2/3 malam itu bagus.
Maka, tadi pagi MUKA DEPAN ketika saya sedang baca surat khabar di London, Tajuk utama adalah “KURANG TIDUR AKAN MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT STROKE” (Kebetulan sebab niat nak kepastian maka dapatlah info ini ‘tanpa disangka’)
Gambar 1: Remisier King Zamsaham sedang membaca surat khabar Daily Express di Kota London
Gambar 2 : Keratan artikel tentang bahaya tidur berlebihan
Gambar 3 : Artikel berkaitan bahaya tidur terlalu banyak
Penyakit stroke -penyakit no 3 paling bahaya di UK!
Ramai mati sebabnya!
Jadi benarlah Islam tu hebat dan kita ikut sahaja ajarannya dan jangan banyak songel kenapa itu dan kenapa ini.
Lakukan ibadah yang disuruh dengan taat. Kita ramai-ramai niatkan nak solat khusyuk dan bangun tiap-tiap malam untuk kerja mahupun ibadah solat.
Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)
KURANGKAN TIDUR inshaAllah akan lebih sihat dan lebih kaya!
Zamsaham
Remisier King @ London
27 Feb 2015
*kongsikan rahsia ini pada kawan yang ada cita-cita besar.