Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Lepas subuh tadi…ada lagi kes penipuan dilaporkan berkenaan pelaburan. Tapi kali ini kesnya agak unik iaitu pelaburan dalam perniagaan gamat!
Saya dah pun jelaskan punca-puncanya pada wartawan yang call saya tadi.
Bukan hanya penganjur perlu dipersalahkan. Yang sertai skim tu juga perlu dipersalahkan juga!
Jadi kepada sesiapa yang nak tahu ‘trick’ si penipu skim cepat kayap dan nak kenal pelaburan saham sebenar boleh temui saya di “Jelajah Kelas Intro Saham Remisier King” pada tarikh dan lokasi yang dah pun diberitahu.
Kali ini, InshaAllah saya juga akan terangkan kenapa industri teknologi bakal menguasai pasaran Bursa Malaysia dalam beberapa tahun mendatang.
Sharekan info kelas ini sekarang, kerana sikit tindakan anda bakal menyelamatkan duit berbillion-bilion atau duit rakan-rakan dan saudara-mara dari ‘ditelan’ tempat pelaburan yang tidak betul…(dah muak dengar skim cepat kayap kat Malaysia ni)
Rugi biarlah puas hati!
Untung pun biarlah puas hati!
“Tahun 2015 adalah tahun kaji sendiri dan buat keputusan melabur sendiri!”
JOM Jumpa saya di JB, KL dan Penang selepas saya pulang dari Paris ini!
Salam saham,
Zamsaham
4 March 2015
Gambar 1: Disneyland Paris. Nampak panas tapi sejuk suhunya.
Gambar 2 : Cantik, bersih…berbaloi singgah di sini.
Gambar 3 : Stesen ‘Marne – la – Vallee Chessy’ Disneyland Paris.
Gambar 4 : Pengangkutan awam yang disedikan di Disneyland Paris.