AKADEMI ZAMSAHAM di Johor Bahru kali ini berjaya menghimpunkan pelabur-pelabur lama dan baru.
Yang lama berpeluang mengenali kesilapan-kesilapan lalu yang dilakukan dan yang baru pula dapat belajar dari pengalaman orang lama supaya tak mengulangi kesilapan biasa.
Tak kira lama atau baru, semua peserta didedahkan dengan PETUA yang patut diamalkan dan PANTANG LARANG yang perlu diingati untuk berjaya dalam pasaran saham.
Tak perlu buang masa tengok screen saham sentiasa juga antara Petua Pelik yang diakui berkesan oleh pelabur berpengalaman.
Malah, semasa kelas sempat mengkaji saham syarikat MIECO Chipboard Berhad dan ada juga peserta yang sempat membeli pada awal pagi Isnin (30 Mac, hari ketiga kelas). 3 orang peserta BELI dan MIECO naik dalam masa hari yang sama hampir kepada 7 peratus kenaikkan. TAHNIAH !
Peluang mengikuti Kelas Advance Remisier King masih dibuka dan pendaftaran boleh dilakukan di sini >>>
Semoga kejayaan dalam pelaburan saham akan memberikan lebih kenikmatan buat semua. Amin….