Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
1. Dikala segelintir pelabur dan analyst risau tentang ekonomi dan saham, pasaran Bursa Malaysia kekal memberikan kesan positif kepada pelabur-pelabur ‘prolifik’ yang bijak mencari peluang.
2. Ketika dunia dirisaukan dengan hal kegawatan yang tak habis-habis…(walhal takkanlah tiap-tiap tahun gawat) pasaran saham Hong Kong berada pada tertinggi dalam tempoh 7 tahun.
3. Begitu juga pasaran saham Dowjones yang kekal berada pada 17500-18000 mata.
4. Bukan nak ikut Hongkong Stocks Indeks(HSI) atau Dowjones TETAPI hendak kongsikan idea bahawa kita jangan layan sangat sentimen negatif dan kata-kata negatif untuk memulakan pelaburan saham.
5. Rebut peluang ketika orang lain tidak ghairah dengan fokus kepada kajian secara catitan bukan mustahil boleh untung beratus peratus.(Pokok pangkal usaha dulu)
6. Ini hari (10 April 2015) dilaporkan kekayaan 17billionnaires bertambah 50billion (dekat RM180 billion) untuk tahun ini sahaja.
7. Bermaksud dalam 4 bulan tahun ini, setiap 17 orang tadi purata kekayaan dalam pegangan saham NAIK lebih RM10 billion.
8. Hal yang sama seperti yang saya kongsikan akan 10 orang kaya Malaysia dari sektor Ace Market baru baru ini.
Gambar: Laporan dari akhbar The Star yang menunjukkan bahawa dalam ‘kegawatan’ kononnya, yang BIJAK mencipta peluang dan keuntungan berbillion dollar.
9. Yang dah kaya bertambah kaya…mereka menjadikan saham sebagai pelaburan ke atas perniagaan sebenar.
10. InshaAllah dengan ilmu yang ada dengan memaksa diri untuk bersabar dan kekal menyemak portfolio secara catitan( tak perlu tengok komputer hari-hari) akan memberikan kejayaan luar biasa…syarat mesti ada ilmu dan amalkan ilmu sehingga faham.
11. Kalau pun tak boleh untung berbillion, kita pentingkan keuntungan dalam ‘peratus’ kerana itulah yang lebih tepat pengiraannya.
“Selamat melabur dan selamat berfikiran positif di Tahun Peluang Terhidang 2015”
Salam saham sebenar.
Zamsaham
Remisier King
10 April 2015