Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua Ahli ZPC,
1.Ingat tak kes tahun lepas bulan 12, ketika semua orang sibuk dengan isu kegawatan, sibuk dengan sentimen negatif pasaran saham. Ramai betul yang panik dan bersiap sedia menjual pada harga terendah.
2.Masih ingat tak tarikh 17 Disember 2014, masa itulah saham-saham turun rendah seperti Systech 17sen, Iris 0.21sen, Efficen 24sen dan banyak yang turun Low. Anda panik tetapi akhirnya, harga saham pantul semula dengan pantasnya selang beberapa bulan kemudian. Iris naik semula ke 34sen, Efficen naik semula ke 34sen dan Systech naik ke 36sen. Ketika tarikh 17 Disember 2014 inilah saya buat kelas Advance Remisier King di PWTC Kuala Lumpur. Syukur ramai yang hadir dalam keadaan panik menjadi tenang selepas datang buat kajian. Ramai juga yang ‘terpaksa untung’ sebab dapat averagekan pada harga terbaik.
3.Seperti yang dimaklumkankan di Kelas Remisier King, tahun ini adalah tahun peluang terhidang dengan setiap penurunan bagi kebanyakkan saham adalah peluang untuk membeli (Kecuali saham Oil & Gas jangan sentuh). Lebih-lebih lagi ketika pelabur panik, rebutlah peluang.
4.InshaAllah sekarang ini saya nampak perkara sama berulang (dah kongsikan awal) dengan sentimen negatif yang sama berulang. Seperti biasa ramai juga lupa yang saham sudah ‘terlebih jual ‘tetapi tetap risau kerana faktor persekitaran yang negatif.
5.Jangan ikut-ikutan sangat sebab pasaran kini tinggal masa untuk pantul naik semula…itu yang saya nampak jika diikutkan dengan apa yang telah berlaku pada bulan Disember tahun lepas.
So, jangan negatif sangat (kecuali saham oil & gas) dengan mengambil peluang yang ada.
6.Saham dalam radar untuk anda kaji dengan harga terkini (16 Jun 2015)
1.Iris 0.235
2.Efficen 0.245
3.Mpay 0.24
4.Priva 0.24
5.Novamsc 0.145
6.Comcorp 0.23
7.KUB 0.375
8.FGV 1.65
9.Frontken 0.225
10.(Banyak sangat nak di update tentang peluang terhidang ketika negatif ni)
7.Jangan ikut-ikutan sangat sebab pasaran tinggal masa untuk pantul naik semula..itu yang saya nampak.Jika ikutkan dengan apa yang berlaku pada bulan Desember tahun lepas,pasaran saham saham akan pantul naik dalam masa.terdekat.
8.So,jangan negatif sangat (kecuali saham oil& gas) dengan mengambil peluang yang ada.BELI!
9.Rebut peluang beli lagi atau kepada yang baru dapat cds(akaun saham), inilah rezeki peluang terhidang untuk anda.
10.Untuk semua client Zamsaham Jb, boleh call saya terus atau Ms Shida 0127456054. Untuk akaun saham yang di Kota Damansara boleh call En.Halim 0127448843. Macam biasa, call kami untuk pandangan dan perkembangan saham.
11.Teruskan kajian sendiri secara catitan untuk keputusan yang lebih waras.
12.Elakkan kontra kerana, sure yang aggresive keluar masuk dan kontra adalah kumpulan yg paling kecewa ketika ini (lepas jual harga akan naik)
Okey,
“Diary Invest Saham
Peluang Terhidang
Kerja Kuat
Sabar untuk hasilnya.”
Sekian
Zamsaham
Remisier King
# Lampiran Saham 15-16 Jun 2015 yang merah tetapi peluang kepada yang faham.Wallahu’alam.