Assalamualaikum semua pelabur-pelabur saham sekalian,
Sebenarnya info kajian saya ini sudah siap awal pada bulan Februari lepas, tetapi tiba-tiba sahaja ada problem dengan ‘file saving’nya..Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kerana saya buat semula khas untuk tatapan pelabur-pelabur sekalian.
Kalau anda ikut tajuk di atas ” INDUSTRI OIL DAN GAS BERADA DALAM FASA SEMAKIN MALAP” pastinya mungkin ada sebahagian dari anda yang tidak setuju dengan beranggapan kesan penurunan harga minyak dunia hanyalah sementara….Pada saya isu harga minyak yang turun dari USD110 Dollar ke paras sekarang USD50 di pasaran antarabangsa bukanlah isu yang kecil kerana ianya boleh mengoncang semua perancangan hebat industri minyak yang rata-rata modalnya adalah besar!
Seperti yang diulang-ulang di kelas saham, punca utama yang menggerakkan harga saham ada 3 sebab utama.( huraiannya saya dah jelaskan)
Berdasarkan kepada ‘intipati’ utama harga saham disebabkan oleh keupayaan syarikat mengekalkan keuntungan, maka saya ingin kongsikan 5 saham yang terlibat dalam Industri Oil & Gas ini. Selepas habis baca anda buatlah kesimpulan sendiri sama ada hendak terus simpan saham ‘minyak’ atau menukarnya sebelum harga menjadi turun.
KES SAHAM MINYAK 1 – Malaysia Marine and Heavy Engineering Berhad
Gambar 1 : Laman Website syarikat MMHE yang menceritakan syarikat ini terlibat secara langsung dalam industri oil dan gas berpengkalan di Pasir Gudang Johor.
Gambar 2: Terkejut tengok harga saham Syarikat MMHE pada tahun 2011 adalah RM8.50 boleh turun ke paras RM1.50 pada Februari lepas. Jika anda ingat harga saham ini sudah cukup rendah…Anda silap kerana harga terkini pada 4 April 2015 turun lagi ke paras RM1.18.
Trend utama pergerakkan saham MHB masih downtrend. Saham Downtrend bermakna perniagaan pun biasanya akan ada masalah..Harga saham turun kalau ada sesuatu yang negatif atau syarikat berpotensi rugi.
Gambar 3: Trend harga saham yang turun dibuktikan dengan berita negatif keuntungan yang susut pada awal tahun 2014.
Gambar 4: MHB semakin parah dengan keuntungan dari RM102juta turun ke RM16 juta. Ini mungkin satu bukti yang menandakan industri minyak berada dalam fasa malap.
Syarikat MHB sudah beroperasi 40 tahun dengan pengkalan di Pasir Gudang ini memberikan ‘SIGNAL’ negatif kepada pelabur runcit untuk simpan saham berkaitan Oi l& Gas.
KES SAHAM MINYAK 2 – ICON OFFSHORE BERHAD
Gambar 5: Website yang cantik, tetapi sebagai pelabur kena tahu adakah potensinya juga cantik. Mari kita lihat trend sahamnya.
Gambar 6: Dari mula saham diapungkan, tiada signal atau tanda kenapa perlu saya SIMPAN saham ini. Pemegang saham utama EKUINAS mungkin sudah terperangkap kerana merupakan pelabur saham terbesar. Apapun, apa tindakan kita sebagai pelabur runcit …? Trend saham turun..
Gambar 7: ICONOFFSHORE pun terkesan dan keuntungan semakin susut. Masih untung, cuma semakin susut petanda pulangan dividen juga dijangka susut seterusnya memberikan kesan negatif kepada harga saham. Untuk rekod, harga saham dalam tempoh 10 bulan turun dari RM2.10 kepada harga 65sen sekarang ini. Kerugian bukan main sikit kepada pelabur yang melabur semasa IPO dan masih simpan tidak membuat sebarang penjualan.
KES SAHAM MINYAK 3 – Perisai Petroleum Berhad
Gambar 8: Laman Web Saham PERISAI yang menjadi KES ke-3 sama ada potensinya naik atau mahu turun.
Gambar 9: Lagi satu bukti menunjukkan trend penurunan pendapatan saham-saham minyak.
Gambar 10: Trend saham PERISAI semakin lemah seperti digambarkan pada carta di atas. Jika ada kenaikan itu petanda bukan untuk beli tetapi merebut peluang menjual dan ditukar kepada sektor lain yang lebih berpotensi.
KESIMPULAN SAHAM MINYAK 3 – Perisai Petroleum Berhad
Terang lagi bersuluh, tak perlu untuk hold saham Minyak kerana potensinya yang masih lemah.
Gambar 11: Paling mengejutkan kerugian Tabung Haji Engineering semakin membesar (boleh tengok betul-betul kerugian pada Dec 2014)
Gambar 12: Pertama kali syarikat BUMI ARMADA yang dimiliki oleh taikun Tan Sri Ananda Krishnan ini mengalami kerugian (Rujuk gambar atas pada bahagian Dec 2014)
Gambar 13: Dato Mokhzani malas terlibat langsung pada industri minyak dan dah mula fokus pada saham berkaitan teknologi.
KESIMPULAN DARI CONTOH SAHAM Malaysia Heavy Engineering Berhad, ICON OFFSSHORE, PERISAI PETROLEUM, THHEAVY, ARMADA sudah cukup untuk saya simpulkan Industri Oil dan Gas berada dalam fasa yang agak kritikal untuk terus mencatatkan keuntungan untuk beberapa tahun lagi.
Kita sebagai pelabur perlu buat keputusan dan tak boleh serahkan kepada harapan atau sabar tak kena tempatnya. Jika anda kekal minat dan sayang sangat tak mahu jual perlulah berlandaskan sebab yang kuat. Jikalau anda tanya saya hendak buat apa jika masih ada saham oil & gas, jawapannya baik tukar kepada saham-saham teknologi yang saya nampak bakal menggantikan kuasa industri minyak dunia.
Kepada pelabur bijak seperti Dato Mokhzani Mahathir yang sudahpun menjual sebahagian besar saham SKPETRO dan sudah mula fokus pada industri berkaitan teknologi OPCOM BERHAD. Beliau CEO disitu sekarang.
Okeylah, pendek cerita lupakan SEKTOR OIL & GAS dan FOKUS KEPADA SEKTOR TEKNOLOGI (lain -lain sektor seperti kesihatan pun ok)
Nak tahu lebih lanjut cerita dan pandangan peribadi saya akan sektor Oil & Gas, Boleh daftar sebagai peserta sekarang.
Bagaimana bekas peserta yang profit 100% dan ada yang lebih 200% juga mungkin saya tunjukkan termasuk cara kajiannya sekali pada 18-20 April 2015 di Akademi Zamsaham KL . Kali ini kita dijangka pakai Diary Invest Saham (DIS) Terbaru.
Wallahualam,
Salam Saham
Zamsaham
Remiser KING di Tahun Peluang Terhidang 2015