Assalamulaikum Dan Salam Saham..
Terima Kasih kerana berminat dengan Tips dan info dari Team Zamsaham.Semoga input yang diberikan memberi manfaat kepada strategi dan pelaburan anda.Walaupun begitu sila baca 5 syarat dibawah;
5 ‘S’ adalah perkara pokok untuk berjaya dalam pasaran saham
Sendiri yang membuat keputusan pelaburan
Anda sebagai pelabur dinasihatkan Jangan Ikut-ikutan apa sahaja info yang diperolehi dari ruang maya,Surat khabar atau Tips-tips saham tanpa ada kajian sendiri.Lagi satu, jangan berikan wang pelaburan anda kepada sesiapapun yang mengaku hebat untuk menggandakan modal anda. Ini kerana banyak kes penipuan berlaku adalah hasil kebijaksanaan si penipu mempermainkan emosi mangsa dengan janji manis pulangan pelaburan yang tetap dan tinggi tanpa perlu buat-apa apa!
Pada mula semuanya betul,tetapi pada kebanyakkan kes penipuan termasuk kes GENEVA GOLD ,SWISS CASH, EBARREL,BULUH EMAS,SERAMIC BUSINESS CLUB, VIRGIN MINING GOLD CORP(VGMC), 12 Daily Pro dan SKIM terkenal Pak Man TELO adalah sedikit dari beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang berjaya menipu dengan memberi keuntungan pada awal pelaburan.TETAPI semakin banyak wang dilaburkan dan semakin lama,maka keuntungan yang dijanji tidak diberi dan ada sesetengahnya ditutup selepas diserbu oleh Bank Negara dan pihak berwajib berkaitan.
Akhirnya,ramai mangsa yang tertipu dengan skim cepat kaya pening kepala dan tertekan.Jika hendak dikongsikan cerita mangsa skim cepat kaya atau tertipu dengan kes pelaburan,ianya terlalu banyak.
Saya dapati KESILAPAN UTAMA SEBENARNYA adalah datang dari diri sendiri,Iaitu terlalu ‘ghairah beremosi’ dengan janji manis serta tidak dapat membezakan fakta menipu atau sebenar.Maka,saya tidak mahu anda menjadi mangsa seterusnya,,dan buatlah keputusan pelaburan sendiri. Bak pepatah ” Sendiri kaji.sendiri labur jika untung atau rugi sendiri puas hati ”
5 Warning/Pesanan /Petua Tips Saham
Tips saham TEGAP
Tips saham TEGAP merangkumi 5 saham iaitu
Gambar 1: Harga REAL semasa bagi Tips Saham TEGAP iaitu TMCLIFE E fficent GreenYb AwC dan PMCORP. Mudah sekarang, semua orang boleh tengok harga saham secara ‘live’ di rumah.
Dari 5 saham yang dikongsikan 4 sudah saya ulaskan pandangannya disini ataupun di Facebook zamsaham.So, ada satu yang baru iaitu TMCLIFE BERHAD yang berharga 65sen sekarang.
TMCLIFE teras perniagaannya adalah terlibat dalam bidang kesihatan dan hospital. Orang Kota Damasara,pasti perasan Hospital Tropicana Medical Centre yang terletak di kawasan ini.
Gambar 2: Klik gambar diatas untuk melayari Website TMCLIFE berhad. Dapatkan info tepat tentang perniagaannya.
Gambar 3: Klik gambar tentang perniagaan sebenar TROPICANA MEDICAL CENTRE. Jika hendak lebih yakin sebagai pelabur ,cuba pergi ke tempat ini dan lihat persekitarannya.Jika sesak dan penuh ,maka itu bagus.
Gambar 4: Ramai yang tidak perasan Peter Lim, Seorang Billionaire dari Singapura sudah menjadi pemegang saham utama terbesar. Peter Lim ada merancang membuat trak Formula 1 di Nusajaya dengan pelaburan sebesar RM3.5 billion.
Peter Lim juga dilaporkan seorang yang rapat dengan Istana Johor dan mula melabur secara besar-besar di Malaysia. Adakah TMClife akan dijadikan sebagai ‘vehicle’ kepada perniagaannya di Malaysia.untuk rekod, pada awal tahun 90an pelabur singapura adalah antara pelabur Terbesar Malaysia.
Ramai juga pelabur SIngapura,yang melabur ke Bursa Malaysia ketika itu. Jika benar, Insha Allah kesan positif dijangka pada perniagaan dan harga saham TMCLIFE Berhad.
Gambar 5: Hospital Terkemuka Singapura iaitu Thomson Medical Centre adalah kepunyaan Peter Lim.Adakah beliau akan inject asset yang dibeli pada tahun 2011 ini ke dalam Tmclife berhad??. Sila klik gambar di atas untuk lihat persamaan perniagaan Tropicana Medical Centre dan Thomson Medical Centre di Singapura.
Sekilas info Maklumat Fundamental Syarikat TMCLIFE BERHAD
Gambar 6: keuntungan sukuan TMCLIFE semakin bertambah dan untung syarikat juga untung.
Sebagai pelabur saham, kita perlu pastikan saham yang kita miliki ada menjana keuntungan dan berpotensi untuk semakin untung. Ini kerana hanya syarikat untuk sahaja yang biasanya ada bayar dividen. Semakin tinggi dividen semakin mudahlah harga sahamnya naik. Itu asas yang perlu difahami kenapa harga saham NAIK.
TMClife untung dan ada bayar dividen untuk tahun lepas 2013 dan tahun ini juga ada bayar dividen.Tidak banyak tetapi kira okeylah. Yang penting ada dividend.
Gambar 7: Carta pergerakkan harga saham 5 tahun ‘ weekly chart’ bagi TMCLife berhad.
Komen Carta Saham.
Berdasarkan kajian Carta saham yang simple diatas, jika anda faham apa yang dikongsikan di Kelas KES90an anda akan tahu yang harga saham baru sahaja melepasi harga tertinggi 53sen dalam tempoh 5 tahun dan baru sahaja masuk kawasan perniagaan bagus yang saya namakan FASA TRENDING. Rujuk 5 contoh saham berikut dan lihat apa jadi selepas harga memasuki kawasan FASA TRENDING.:
5 Contoh diatas bukan TIPS SAHAM yang dimaksudkan, TETAPI sebagai panduan untuk anda sendiri fahami apa yang dimaksudkan dengan FASA TRENDING. Harga Saham sekarang 65sen dan merupakan harga tutup pada tertinggi untuk 10 tahun carta Monthlynya. Jika harga kekal atas 65sen, insha Allah TREND MENAIK berterusan dijangka untuk beberapa bulan mendatang.
Untuk rekod Info paling awal dikongsikan di facebook tertutup Zamsaham Private Client semasa harga berada pada 42sen…kira dapat perkongsian paling awal.
Apapun,untuk pintu kecemasan untuk trend kenaikan terbantu paling awal adalah Harga sahamnya jangan turun dari 63sen. Jika bawah 63sen berkemungkinan besar TREND untuk terus menaik untuk beberapa bulan dijangka mendatang terbantut.Pintu kecemasan berikutnya adalah pada kajian carta diatas iaitu pada 52sen.
Kesimpulan:
Beli Saham dan fikirkan seperti businessman.
Kepada semua bekas student Zamsaham, kajian dengan catitan adalah terbaik kerana ianya menghilangkan was-was dan seterusnya bertindak membeli dengan keputusan yang waras dan tidak beremosi.
Rekodkan sebanyak mungkin ‘sebab’ untuk anda hendak beli saham, ini kerana keyakinan itu antara asas dalam pelaburan supaya anda tidak ‘sasaukan’ dengan hal sentimen turun naik Dow Jones atau hal yang mungkin tiada kaitan dengan saham TMCLIFE Berhad ini seperti peperangan di Ukraine atau Tsunami di Jepun. Seperti yang saya bagitahu, jika ada ianya hanyalah kebetulan sahaja.
Berbalik pada Tips Saham TMCLIFE ini, Insha Allah Potensi kenaikan adalah lebih dari pulangan ASB setahun dan menariknya bila anda melabur saham, kepuasan lebih maksima kerana anda adalah pemilik syarikat yang sebenar sebagaimana pemegang saham Syed Mokhtar ataupun Warrent Buffet!
Saham TMCLIFE dengan Harga Saham sekarang 65sen. Mungkin ada peluang tawar menawar pada harga di jajaran 0.635-65sen..Jika harga kekal atas 65sen, insha Allah TREND MENAIK berterusan dijangka untuk beberapa bulan mendatang. Dengan target fasa trending mampu ke RM1.00 atau dapat lepas pulangan dari ASB pun dah dikira bagus.
Pesan saya, Jangan aggressif keluar masuk pasaran dan niat hendak kaya secepat mungkin kerana itu agak mustahil berlaku. Simpanlah saham kerana perniagaan dan potensi perniagaan dan masuk membeli bukan di 3 kesilapan terbesar pelabur saham yang selalu saya kongsikan.
Jika hendak maklumat lanjut, saya biasanya akan update di Facebook tertutup ‘Zamsaham Private Client’ atau jumpa saya di Kelas KES90′an Kegemilangan Era Saham 90′an di KL, JB dan Terengganu. Insha Allah ada Ilmu, dapatlah keluar dari kegelapan pasaran saham!
Last sekali , PERKONGSIAN TIPS SAHAM ini hanyalah perkongsian info dan maklumat dari pandangan kajian menggunakan Diary Invest Saham .Risiko dan keputusan pelaburan perlu dibuat oleh anda sendiri dengan teliti.
Insha Allah ada sinar cerah kepada yang berusaha dan mengkaji.
Wallahualam..Allah Swt lebih mengetahui kebenarannya.
Sekian,
“Sendiri Kaji-Sendiri Semak-Sendiri Labur-Sabar untuk Entry dan Sabar untuk hasilnya”
ZAMSAHAM
1 Oct 2014
# TMClife dan Kesan Perancangan pelaburan Peter Lim .Masa menentukan jalan ceritanya.