Semalam saya ada menulis sedikit coretan dan pandangan saya berkenaan pasaran saham. Ia dikongsikan lebih awal dalam Group Facebook Tertutup ‘ZAMSAHAM PRIVATE CLIENT’ yang hanya membincangkan tentang pasaran saham sahaja.
Berikut adalah petikan post awal di dalam ZPC :-
“benar ringgit jatuh..benar sentimen negatif TETAPI CUBA ulaskan kenapa saham Litrak Berhad, Latitude dan Nestle, VS berada semakin tinggi..(banyak lagi contoh)
Apa kena mengena dengan indeks yang turun ini hari dengan saham Datasonic yg naik?…cuba ulaskan jika anda nak kaitkan indeks dengan semua saham
Cuba beritahu kenapa harga saham Litrak tak turun lebih rendah tahun 2009nya malah semakin tinggi jika anda nak katakan kita berada pada kegawatan….
Apakah keputusan pelaburan saham anda semata-mata kerana sentimen…adakah saham anda, perniagaan anda sebegai contoh diatas terkesan dengan sentimen yg dinyatakan?
Yang Benar gawat hanya Oil & Gas dan saham tertentu..tapi bukan semua.
Yang benar gawat mungkin kita yang sering melihat perkara negatif dari mencari peluang yang terhidang…