Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang ST Rosyam Mart. Terdetik hati saya, wah pandai Rosyam Nor buka pasaraya dengan harga yang murah dan menawan. Saya siap lawat juga 2 minggu lepas St Rosyam Mart di Setiawangsa.
Bagus susunan rak, dan banyak produk melayu di dalam tu. Satu kebanggaan pada saya sebab nampak produk Chili boh Zubir Food pun ada sekali. Tempe dan produk melayu lain juga banyak ditonjolkan kedepan. Wah bagus dan hebat!
ST Rosyam Mart tu terang-terang Joint Venture (JV) antara Sri Ternak (ST) dan Rosyam Nor. Ok mari saya huraikan pasal ini dari kaca mata Saham.
- Hari ini, saya tengok ramai kata Dato’ Rosyam Nor menipu dan Dato’ Rosyam Nor kata dia kena tikam dengan orang yang tak senang dengan kemajuan business dia.
- Pihak yg hentam betul dan yang menjawab juga betul, cuma yang hentam tak faham pasal kuasa saham dalam business. Begitu juga Dato’ Rosyam Nor yang tak dapat nak menjawab dengan tepat mengenai isu saham 10% yang dia ada dalam St Rosyam Mart tu. Kalau jawab dari sudut saham, insha Allah selesai.
- Pada saya Dato’ Rosyam langsung tak menipu kerana memang St Rosyam Mart itu adalah milik dia. Walau ada 10%, dengan adanya 4 cawangan sudah cukup membuktikan Dato’ Rosyam orang kaya baru. Kalau Dato’ Rosyam pegang 100% saham tetapi hanya sebuah kedai runcit sahaja apa guna! Bab peratus saham ni, ramai yg bangga ada 51% shares atau 100% shares syarikat gitu kecik jer bertahun-tahun tak ke mana bangga saham besar. Orang Kaya tak fikir peratus saham tapi fikir syarikat biar besar.
- Walaupun pegang hanya 10%, kerja beliau lebih mudah dan dapat bergabung dengan orang yang lebih pakar dalam mengurus bisnes pasaraya. Dato’ Rosyam Nor pegang saham sikit takpa sebab kerja dia kurang. Jangan nak tamak pegang saham besar tapi kerja tak pandai. Biar sikit, tapi bergabung dengan orang pandai.
- Tony Fernandes pun bijak, dia hanya ada kurang 45% bagi sahamnya di Asia Thailand, Airasia Philiphine dia pegang 40% sahaja.Begitu juga di Indonesia dia pegang minoriti. No problem asal lesen lepas dan business kasi jalan. Kumpul-kumpulkan semua saham dia yg minoriti tu akan menjadikan dia majoriti. Faham?
- ST Rosyam Mart kira mudah, kalau satu pasaraya bagi profit RM2 juta setahun, kalau ada 4 cawangan adalah RM8 juta setahun. Ini contoh congakan saya sahaja. Maka kalau ada RM8 juta profit automatik boleh dapat Value syarikat RM120 juta berdasarkan P/E 12. Dengan nilai syarikat RM120 juta dan Dato’ Rosyam ada shares 10%, dia punya net worth adalah dalam RM12 Juta!
- Orang bisnes dan orang kaya dinilaikan pada net worth. Nilai bersih bukan dinilai pada berapa banyak rumah atau asset yang dimiliki. Nilai net worth ini satu benda yg orang bisnes wajib tahu.
- Rumah ada value, kereta ada susut nilai dan ada value, jam Rolex atau jam Omega juga ada value, kenapa tak tahu yg syarikat juga wajib ada value? 9 daripada 10 usahawan tak tahu kira value syarikat.
- Dekat St Rosyam Mart pegang 10%, tapi syarikat kilang beras, Chili boh, ayam yang supply kat St Rosyam Mart dia boleh pegang lebih majoriti contohnya 70%. Banyak supply chain yg Rosyam Nor boleh pegang majoriti.
Kalah didepan, menang dibelakang!
(Stategy ini harap Dato’ Rosyam tahulah) - Kalau ada buka lagi 10 cawangan dan Dato’ Rosyam pandai kuasai supply chain maka ‘profit pool’ akan bertambah. Dato’ Rosyam boleh pegang shares kat bahagian supply dengan majoriti.
- Lagi sekali, Dato’ Rosyam Nor tak tipu dalam bisnes. Korang tak baik kata dia tipu sebab St Rosyam Mart tu memang dia punya saham sikit dan majoriti saham 90% dipegang oleh bangsa cina. Joint Venture ini bagus. Melayu cina dayak ke Mat saleh ke no issue sebab nak meniaga janganlah kau nak pegang 100%. Ini cara salah!
Dalam game ni saya nampak Dato’ Rosyam bijak macam Jack Ma! Ya, cumanya dia tak proses sampai IPO. - Kenapa saya kata Dato’ Rosyam bijak macam Jack Ma, sebab Jack Ma hanya ada 7% dalam pemilikan saham Ali Baba. Klik di sini kalau tak caya. Jack Ma hanya ada 7%, cumanya selepas proses dilution berlaku dari tahun 1999 sehingga hari ini.
- Tahu tak yang Bill Gates orang terkaya dunia cuma ada 1.3% saham sahaja dalam Microsoft. 1% saham McDonald’s kalau anda pegang bersamaan RM5.2 billion. So, biar sikit saham Dato’ Rosyam Nor asalkan syarikat berkembang!
- So, Dato’ Rosyam Noor takda niat nak menipu pun sebab dia memang boleh claim St Rosyam Mart tu dia punya. Bab dia pegang 10% tu bukan isu besar kalau anda faham apa itu kuasa JV dan saham. Lagipun dia tu ‘spirit’ dalam pasaraya tu. Tukar lah nama Ah Seng siapa nak datang pasaraya tu. Kalau Rosyam nak pegang 90% tahu ke dia handle business rangkaian mart yg mencabar. Ada ke dia modal yg cukup kuat.
- Bab JV ni benda biasa dalam dunia korporat. Jangan ingat pegang 10% tu kecik sebenarnya, kalau Rosyam Nor ada 5% pun dah cukup besar. Ingat komen saya yg no 9 diatas.
Okaylah, kena kuasai saham dan jangan gaduh-gaduh kata melayu kena tunggang dengan cina bagai. Walhal dengan structure sahamlah yang akan menyatukan melayu dan cina.
Dalam Ali Baba ada beratus-ratus kaum dan bangsa pegang saham Alibaba satu dunia. Relak sahaja Jack Ma. So, kenapa anda nak sibuk kata Dato’ Rosyam Nor tipu kalau anda sendiri tak ada cds akaun dan beli sikit saham kat Bursa tu?
Sekian,
ZAMSAHAM